Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

205 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik MS (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Pegawai Perkhidmatan Siswazah Gred DG48 semasa bertugas sebagai Pengetua di sekolah YZ telah didapati meluluskan empat (4) Pesanan Tempatan berjumlah RM12,462.00 antara 14 Oktober 2007 hingga 21 November 2007 dan menyalurkan peruntukan kewangan tersebut bukan kepada aktiviti yang telah diluluskan dalam waran peruntukan yang telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Perbuatan tuan adalah melanggar peraturan yang telah ditetapkan di dalam Perkara 5, Arahan Perbendaharaan. Perbuatan tuan juga boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (g) tidak bertanggungjawab.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy