Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

204 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kecuaian pegawai dianggap besar dan serius; dan (b) memberi pengajaran kepada pegawai supaya lebih berhati-hati dalam tindakan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. 1. KES Encik MS adalah seorang Pegawai Perkhidmatan Siswazah Gred DG48 yang memegang jawatan sebagai Pengetua di sekolah YZ. Laporan yang diterima menyatakan pegawai telah didapati menyalahgunakan peruntukan kewangan sekolah tanpa mendapat kelulusan dari Perbendaharaan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. CONTOH 6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy