Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

202 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, HGG (KP: 000000-00-0000) Juru Ukur Gred J54 semasa bertugas sebagai Pengarah di Jabatan V, pada 21.1.2007 telah membuat pengesahan bayaran penyempurnaan perkhidmatan bagi inbois-inbois bayaran Syarikat Y bagi bulan Februari 2006 hingga September 2006 berjumlah RM900,000.00 dengan tidak mengikut peruntukan Kontrak bagi Perolehan Perkhidmatan Penyenggaraan bagi Sistem MM dan Sistem KK di Jabatan V (Kontrak No. V6/2004) bertarikh 20.1.2004 sedangkan amaun yang sepatutnya disahkan untuk dibayar kepada Syarikat Y berdasarkan Kontrak adalah sebanyak RM550,000.00. Perbuatan tuan ini adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(j) Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy