Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

201 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pengesahan penambahan bayaran atas perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat telah dilakukan oleh pegawai tanpa mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Melulus. Pegawai juga telah membuat pengesahan penyempurnaan perkhidmatan oleh kontraktor dan persetujuan bayaran pada sijil kesemua inbois oleh Syarikat Y. Pegawai telah membuat perakuan amaun bayaran yang salah sedangkan amaun sewajarnya mengikut perjanjian kontrak ialah RM550,000.00. Pegawai juga didapati tidak mengambil tindakan mengikut kontrak ke atas Syarikat Y walaupun masalah mengenai pemberian khidmat penyenggaraan telah berbangkit secara berpanjangan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Pihak Berkuasa tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbangkan kes pegawai ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpuas hati wujud suatu kes prima facie .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy