Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

200 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) Ketua Jabatan dalam ulasannya bersetuju bahawa perayu adalah seorang pegawai yang mempunyai dedikasi yang tinggi dan telah membuat banyak perubahan di Hospital PR; (b) perayu telah meningkatkan imej hospital ini dengan berbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat dan banyak melibatkan ahli keluarga pesakit; dan (c) Ketua Jabatan menyokong penuh rayuan perayu untuk memastikan komitmen yang sedia ada tidak terjejas dengan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu diterima dan dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) tidak terdapat sebarang unsur kepentingan diri dalam penawaran sebut harga berkenaan; dan (b) pegawai telah banyak meningkatkan imej hospital. 1. KES Encik HGG adalah seorang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, memegang jawatan sebagai Pengarah, Juru Ukur Gred J54 di Jabatan V. Pegawai dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan mengemukakan inbois kontraktor Syarikat Y kepada Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan untuk dibuat bayaran berjumlah RM900,000.00 bagi khidmat penyenggaraan untuk tempoh lapan bulan sedangkan dokumen- dokumen tidak dilengkapkan dengan butiran-butiran tertentu. CONTOH 5

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy