Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

11 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) mengalami pelbagai masalah yang terlalu berat untuk ditanggung oleh pegawai dalam keluarga di mana isteri pegawai telah keguguran anak sebanyak dua kali; (b) mengalami tekanan perasaan dengan masalah kewangan yang serius dan diburu oleh pelbagai pihak kerana hutang; (c) ketiadaan kenderaan untuk pergi ke tempat kerja. Tindakan gagal mengetik kad perakam dan datang lambat untuk bertugas kerana pegawai terpaksa menumpang kereta kawan-kawan atau berjalan kaki. Oleh itu, pegawai mengalami sindrom „rendah diri‟, kemurungan dan malu berjumpa dengan rakan-rakan sejawat yang lain. Pegawai sering menyendiri di kelas dan hanya keluar dari kawasan sekolah pada jam 6 petang dengan berjalan kaki; dan (d) menyesal di atas segala kelakuan tidak wajar yang telah dilakukan dan merayu agar tidak dikenakan tindakan buang kerja kerana hanya pegawai harapan keluarga dan kedua ibu bapa. Pegawai berjanji akan memperbaiki diri agar lebih kuat bagi menghadapi cabaran sebagai pendidik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy