Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

199 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) perayu juga menyatakan, sebagai seorang doktor pakar, tanggungjawab utama perayu adalah untuk memberi rawatan kepada pesakit dengan kerja-kerja pengurusan hospital sebagai sampingan. Bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan, perayu dibantu oleh sekumpulan pegawai pengurusan untuk mentadbir pejabat; (c) dalam kes yang disabitkan, perayu sebagai pengerusi jawatankuasa telah membuat keputusan secara terbuka serta yang sebaik mungkin untuk kebaikan perkhidmatan awam. Keputusan yang dibuat tidak membawa keuntungan kepada pegawai atau ahli-ahli jawatankuasa yang lain malah hanya Jabatan sahaja mendapat keuntungan kerana kerja disiapkan dengan sempurna dalam harga yang berpatutan. Perayu berpendapat dengan menjatuhkan hukuman „amaran‟ kepadanya tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak atau membaiki mana-mana imej Jabatan malah hanya mengecewakan seorang pegawai yang berhemah tinggi; dan (d) yang lebih membimbangkan ialah impak terhadap moral hampir seribu orang anggota di bawah kepimpinan perayu yang begitu susah sekali untuk dipupuk menjadi suatu kumpulan modal insan yang dapat melaksanakan perubahan di sebuah institusi yang usang sehingga menjadi sebuah institusi yang disanjung tinggi. Perayu merayu mengetepikan keputusan Lembaga Tatatertib kerana mengikut prinsip „Rule of Natural Justice‟ keputusan yang perayu buat tidak membawa apa-apa kepentingan kepada perayu atau keluarga malah menguntungkan jabatan. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy