Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

198 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah membuat kesilapan kerana tidak mencatatkan rundingan dengan Syarikat PV di dalam Minit Mesyuarat Sebut Harga; (b) perbuatan pegawai mencemarkan imej perkhidmatan awam; dan (c) menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (Kumpulan Pengurusan No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam, perayu tidak pernah membelakangkan tanggungjawab yang diberikan. perayu telah memelihara tingkah laku misalnya telah mengelakkan syak wasangka orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan tugas serta sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas dengan cekap, jujur dan beramanah. Usaha perayu telah diakui dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy