Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

196 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai menafikan pertuduhan tersebut kerana merasakan tuduhan itu adalah tidak berasas. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah berpandukan penender yang paling baik dari segi harga dan kualiti serta menguntungkan jabatan. Semua ahli jawatankuasa bersetuju menawarkan kerja itu kepada Syarikat PV kerana syarikat itu mempunyai prestasi memuaskan dengan membaiki kebocoran besar di beberapa lokasi di hospital; (b) walaupun sebut harga Syarikat PV bukan sebut harga yang terendah, sebut harga mereka adalah munasabah dan boleh dirunding lagi bagi mengurangkan kos. Setelah berunding, syarikat itu juga bersetuju memberi harga yang lebih rendah. Dengan keputusan ini, hospital telah menjimatkan hampir RM15,000.00 dan projek telah dilaksanakan dengan sempurna; dan (c) pegawai menjelaskan secara peribadi beliau langsung tidak menerima apa-apa faedah kecuali mendapatkan kepuasan hati bahawa beliau telah menjalankan tugas dengan sebaiknya untuk hospital.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy