Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

195 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik CTM (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Pegawai Perubatan Pakar Jiwa Gred Khas C semasa bertugas sebagai Pengarah Hospital PR pada 5 Ogos 2004 telah mengubah sebut harga yang dikemukakan oleh Syarikat PV Sdn. Bhd. bagi membantu syarikat berkenaan mendapat tawaran sebut harga bagi menjalankan kerja-kerja Cadangan Menaik taraf Bumbung Asbestos Kepada Bumbung Metal Deck Di BDM & OPD, Hospital PR. Perbuatan tuan adalah melanggar Prinsip Perolehan Kerajaan di bawah prinsip „Diurus Secara Telus‟ dan prinsip „Adil dan Saksama‟. Tuan juga telah didapati tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan Kerajaan 170.3(a)1997. Perbuatan tuan juga boleh diertikan sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang memperuntukkan yang menyatakan seperti berikut:- “4(2) seorang pegawai tidak boleh-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy