Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

194 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai tidak mengemukakan apa-apa rayuan terhadap keputusan Lembaga Tatatertib. 1. KES Encik CTM adalah seorang Pegawai Perubatan Pakar Jiwa Gred Khas C di Hospital PR. Pegawai dikatakan telah mengubah harga sebut harga Syarikat PV Sdn. Bhd. dari RM139,987.15 kepada RM125,000.00 dengan niat untuk membantu syarikat berkenaan mendapat sebut harga Menaik Taraf Bumbung Asbestos kepada Bumbung Metal Dick di BDM & OPD di Hospital PR tempat pegawai bertugas. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. CONTOH 4

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy