Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

193 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah ke atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan dan dakwaan terhadap pegawai mengenai pelanggaran tatacara kewangan; (b) sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman mengurus dan menyelaraskan percetakan Prospektus Akademi F untuk 4 sesi akademik sepatutnya pegawai mengetahui dan mematuhi tatacara kewangan; (c) dakwaan pegawai mengenai kaedah pembayaran yang diputuskan oleh mesyuarat pengurusan pada Disember 2006 tidak dapat dibuktikan; dan (d) menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy