Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

192 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN tatacara kewangan kerana sangat yakin dengan nasihat yang diberikan oleh pegawai kewangan Akademi F; dan (e) pegawai amat mengambil berat mengenai perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama beliau, ibu bapa beliau dan imej Akademi F kerana itu sebarang keputusan yang dibuat adalah secara perbincangan / mesyuarat dengan pegawai atasan, pegawai- pegawai lain serta kakitangan di bawah seliaan beliau. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai telah mengambil alih tugas percetakan prospektus dari pegawai Unit Pemasaran ketika itu, iaitu Encik D. Tujuan pegawai dengan rela hati menguruskan percetakan itu adalah kerana beliau telah berpengalaman mengurus dan menyelaraskan percetakan untuk (4) empat sesi akademik prospektus Akademi F serta hendak memastikan tugasan itu disiapkan dengan segera; (b) walaupun pegawai melanggar peraturan kewangan, namun pegawai tidak mempunyai niat lain selain daripada untuk memastikan Akademi F mempunyai prospektus sebagaimana lazimnya sebuah institusi pengajian yang lain. Pegawai tidak memikirkan akibat dari kelewatan menyempurnakan percetakan prospektus itu dari aspek tatacara kewangan; dan (c) berkenaan dengan dakwaan pegawai terhadap keputusan mesyuarat pengurusan yang telah diadakan pada Disember 2006 mengenai persetujuan dalam urusan pembayaran, perkara ini adalah di luar pengetahuan Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy