Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

190 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN deposit. Khususnya wang tahanan di bawah sesuatu kontrak tidak boleh dikeluarkan daripada sesuatu maksud perbelanjaan dan disimpan sebagai deposit. Sebaliknya perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan dengan yang sepatutnya kepada akaun bagi sesuatu tahun yang tertentu mestilah dengan seberapa yang boleh dibayar dengan cepat sebelum penghujung bulan pertama tahun kewangan yang berikutnya dan mestilah jangan ditangguhkan untuk mengelakkan jumlah peruntukan dalam anggaran lebih dibelanjakan bagi tahun kewangan semasa.” Perbuatan puan juga boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy