Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

187 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (g) aduan terhadap beliau timbul berikutan pegawai cuba melaporkan kegiatan perniagaan persendirian (berselindung di sebalik nama koperasi). 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) tiada unsur penipuan untuk kepentingan peribadi oleh Encik KKK tetapi apa yang berlaku ialah bayaran sebanyak RM9,995.00 adalah bagi pelaksanaan kerja yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Z untuk menyelesaikan sebahagian kerja yang tidak dapat diselesaikan melalui aktiviti gotong-royong; (b) walau bagaimanapun, Encik KKK telah gagal untuk menubuhkan jawatankuasa sebut harga bagi kerja-kerja pemasangan „tile‟ yang bernilai RM54,000.00 mengikut prosedur Arahan Perbendaharaan dan Encik KKK sewajarnya bertanggungjawab membuat perancangan dan pemantauan sesuatu projek tanpa meletakkan kesalahan kepada pegawai lain; (c) dari segi prestasi, Encik KKK mempamerkan rekod pencapaian yang baik sepanjang perkhidmatannya. Pencapaian akademik pelajar meningkat di bawah seliaan pegawai; dan (d) Ketua Jabatannya mencadangkan agar Encik KKK dihukum setimpal dengan kesalahannya iaitu hukuman yang lebih ringan dari buang kerja. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai tidak bersalah terhadap pertuduhan pertama . Bagi pertuduhan kedua pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘turun pangkat’ dari Gred DG48 ke

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy