Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

186 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 5 . REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pada awalnya, pegawai bersama 2 orang guru telah berbincang dan bersetuju menjalankan kerja-kerja secara bergotong-royong. Malangnya rancangannya tidak berjaya kerana kurang penyertaan di mana guru-guru sibuk dengan kelas tambahan, urusan keluarga dan kerja sambilan di luar. Bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan kerja-kerja mengecat terbengkalai serta kurang sempurna, maka pegawai memutuskan kerja-kerja tersebut diserahkan kepada syarikat berkenaan; (b) pegawai dimaklumkan oleh Ketua Pembantu Tadbir (KPT) bahawa sekolah masih mempunyai peruntukan untuk projek penyelenggaraan, baik pulih dan mengecat; (c) pegawai turut dimaklumkan sekolah telah menerima peruntukan dan perlu dibelanjakan untuk kerja-kerja baik pulih sebelum tahun kewangan berakhir; (d) semasa menaik tarafkan dan pembaikan dijalankan beliau tiada di sekolah kerana mengikuti kursus PTK; (e) pegawai mengaku tidak merujuk kepada pekeliling dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut dan hanya berlandaskan maklumat yang diberi KPT; (f) demi kebaikan, pegawai telah membayar separuh jumlah wang sebagai ganti rugi kepada syarikat berkenaan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy