Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

184 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD / TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan 2 pertuduhan iaitu : Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik KKK (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48, Sekolah ABC, Daerah X, telah pada 21 Mei 2005 membuat bayaran secara tidak sah kepada Syarikat Z bagi kerja-kerja mengecat pagar dan tempat letak kereta bernilai RM9,995.00 melalui Pesanan Kerajaan XYZ 987654 sedangkan kerja-kerja tersebut dilakukan secara bergotong-royong oleh guru-guru dan kakitangan Sekolah ABC.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy