Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

183 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; dan (b) pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan. 1. KES Encik KKK Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG48 telah dilaporkan menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah semasa bertugas sebagai Pengetua. Hasil siasatan Bahagian Audit Dalaman Kementerian Pelajaran Malaysia terdapat dua (2) salah laku dilakukan pegawai yang mewajarkan beliau tindakan tatatertib. Pegawai telah membuat bayaran secara tidak sah kepada Syarikat Z bagi kerja- kerja mengecat pagar dan tempat letak kereta bernilai RM9,995.00 melalui Pesanan Kerajaan sedangkan kerja-kerja tersebut dilakukan secara gotong-royong oleh guru-guru dan kakitangan sekolah dan pegawai memecah kecilkan perolehan bagi kerja-kerja pemasangan „tile‟ yang bernilai RM27,000.00 setiap satu berjumlah keseluruhan RM54,000.00. Jawatankuasa Siasatan bersetuju bahawa nilai keseluruhan kerja di lokasi berkenaan adalah tidak munasabah. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa CONTOH 2

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy