Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

182 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) tempoh perkhidmatan beliau telah menghampiri tempoh persaraan dan beliau berjanji akan akur kepada semua peraturan perkhidmatan; (d) pegawai telah ditempatkan semula ke sekolah dan telah menjalankan tugas sebagai guru biasa yang sedikit sebanyak menjejaskan emosi; dan (e) pegawai mempunyai dua anak yang masih mengikuti pelajaran di kolej swasta serta memerlukan pembiayaan peribadi yang tinggi. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) sepanjang perkhidmatan pegawai di sekolah tersebut, pegawai sentiasa menunjukkan komitmen yang amat tinggi serta sentiasa mematuhi sebarang arahan dan peraturan yang ditetapkan; (b) pegawai sepatutnya merujuk untuk mendapatkan arahan Ketua Jabatannya bagi setiap aktiviti yang hendak dijalankan; (c) Ketua Jabatan percaya tindakan pegawai bukanlah untuk kepentingan peribadi sebaliknya disebabkan tidak mengetahui prosedur kewangan dengan jelas; dan (d) Ketua Jabatan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan yang setimpal tetapi tidak sehingga dibuang kerja. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy