Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

181 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Perbuatan tuan membuat pengesahan pesanan kerajaan melebihi jumlah nilai perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat SMS Consultancy Sdn. Bhd. boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(f), 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai mengumpul wang dari peruntukan motivasi pelajar bagi membiayai dan melaksanakan perancangan keberkesanan perkhidmatan berkaitan pendidikan pencegahan dadah. Ia bukanlah untuk kepentingan peribadi; (b) pegawai telah memohon agar semua pesanan tempatan berkaitan dibatalkan setelah pegawai atasan memaklumkan kaedah yang digunakan tersebut menyalahi peraturan kewangan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy