Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

180 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik XYZ (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG52, Ketua Unit KH, Jabatan Pelajaran Negeri J, telah didapati membuat pengesahan pesanan kerajaan melebihi jumlah nilai perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat SMS Consultancy Sdn. Bhd. seperti berikut: Bil. Tarikh No. Pesanan / Jumlah Nilai Sebenar Perkhidmatan Jenis Perkhidmatan 1. 23 Jun 2005 1234/2005 (RM7,000.00) RM5,000.00 Kursus Pencegahan Dadah Siri I 2. 24 Julai 2005 4321/2005 (RM10,000.00) RM8,000.00 Kursus Pencegahan Dadah Siri II Pengesahan tuntutan yang dilakukan tuan tersebut didapati bercanggah dengan Arahan Perbendaharaan. Perbuatan tuan itu adalah tidak mematuhi Arahan Perbendaharaan 102.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy