Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

179 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB MELANGGAR ARAHAN PERBENDAHARAAN / TIDAK MEMATUHI PERATURAN KEWANGAN 1. KES Encik XYZ adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bertugas sebagai Ketua Unit KH di Jabatan Pelajaran Negeri J. Pegawai didapati menipu pesanan kerajaan ketika mengadakan aktiviti-aktiviti kursus dengan mengesahkan tuntutan yang melebihi perkhidmatan yang diberikan dan mengesahkan perkhidmatan atau bekalan yang tidak diberikan. Perbuatan pegawai adalah bercanggah dengan Arahan Perbendaharaan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. CONTOH 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy