Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

177 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) hukuman yang dikenakan terlalu berat bagi perayu yang sudah berkhidmat selama 20 tahun dengan kerajaan. Perayu menyatakan hukuman yang dikenakan juga akan menjejaskan reputasi, kerjaya, maruah dan rekod perkhidmatannya. Perayu juga menegaskan tindakan yang diambil adalah semata-mata untuk kepentingan keselamatan negara dan tiada apa-apa faedah bagi pihak beliau; dan (b) perayu menganggap hukuman yang dikenakan adalah tidak sepadan dan satu penganiayaan terhadap diri serta perkhidmatan perayu yang selama ini dikorbankan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara. Perayu memohon pertimbangan kerana beliau masih menanggung lima anak yang sedang belajar. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) Ketua Jabatan memohon pertimbangan semula supaya hukuman ke atas perayu diringankan berdasarkan komitmen beliau dalam melaksanakan tugas; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy