Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

174 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1)Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai telah memberikan jawapan kepada pertuduhan yang dikemukakan dengan menjelaskan bahawa beliau tidak terlintas untuk mengabaikan Arahan Perbendaharaan dalam memperbaiki kerosakan di Kem ABC. Pegawai sedaya upaya melaksanakan tugasnya walaupun menghadapi situasi kekurangan pegawai dan sumber yang terhad; (b) pegawai memaklumkan bahawa kerja pembaikan Kem ABC telah tertangguh dari tahun 1997 hinggalah tahun 2000. Penangguhan ini berlaku berikutan keperluan mematuhi prosedur-prosedur dan kelulusan bagi menggunakan peruntukan tersebut. Apabila memperoleh peruntukan pada Mac 2000, beliau terus memastikan pembaikan tersebut dilaksanakan mengikut peruntukan yang ada; (c) disebabkan banyak kesulitan yang timbul, keperluan yang mendesak dan masa yang suntuk untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan tersebut, pegawai berpandangan beliau terpaksa membuat keputusan untuk melaksanakan penambahbaikan di Kem ABC. Walaupun pegawai dikategorikan sebagai ingkar perintah, beliau berpendirian bahawa usaha menyiapkan projek berkenaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy