Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

172 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MEMECAHKECILKAN NILAI PEROLEHAN 1. KES Encik B adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Negara, di Negeri G. Laporan yang diterima menyatakan beliau telah memecah kecilkan nilai perolehan dan telah didapati melanggar Arahan Perbendaharaan 171.1. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy