Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

170 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN lebih memfokuskan kepada Pelaksanaan Prosedur Bagi Modul Latihan Teori Dan Amali Bagi Kelayakan Mendapatkan Lesen Vokasional. Bagi calon yang telah menghadiri ceramah/ujian sebelum bulan tersebut, lesen baru boleh dikeluarkan kepada calon berkenaan; (e) perayu mendakwa ketiga-tiga arahan tersebut tidak menyatakan bahawa kelulusan bagi calon-calon yang telah lulus ceramah/ujian tetapi masih belum membuat lesen vokasional dibatalkan mulai tarikh arahan tersebut dikeluarkan; (f) perayu hanya bertugas untuk mengeluarkan lesen setelah diluluskan oleh pegawai yang bertanggungjawab iaitu Encik F, Ketua Unit Pendaftaran Kenderaan Perdagangan. Tugasnya hanya memastikan borang JPJ L8 telah lengkap dan ada pengesahan lulus oleh Encik F dan bukan bertanggungjawab sama ada calon berkenaan telah hadir atau tidak menghadiri ceramah/ujian yang sepatutnya; (g) perayu merayu agar hukuman yang dikenakan terhadap perayu dibatalkan atau dipinda keputusannya memandangkan perayu akan bersara wajib, mempunyai 8 orang anak, 4 daripadanya masih belajar di sekolah menengah dan di Institusi Pendidikan Tinggi; dan (h) perayu mempunyai pengalaman kerja selama 28 tahun sebagai penjawat awam. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) memohon rayuan perayu diberi pertimbangan sewajarnya; dan (b) berharap hukuman terhadap perayu diringankan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy