Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

166 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik JKL (KP: 000000-00-0000) Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 yang bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri P, pada 9.3.2000 hingga 11.4.2000 didapati telah menandatangani dan mengecop lulus di atas borang JPJ L8 bagi 10 orang calon hingga menyebabkan mereka telah mendapat lesen tanpa menghadiri ceramah / ujian GDL. Tuan dengan itu telah melanggar memo mengenai arahan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri P bertarikh 10.9.1998. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab, ingkar perintah dan cuai iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(g), 4(2)(i) dan 4(2)(j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; (j) cuai dalam melaksanakan tugas.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy