Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

165 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB GAGAL MEMATUHI MEMO PENGARAH JABATAN 1. KES Encik JKL berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 di Jabatan X. Pegawai dilaporkan pada 9.3.2000 hingga 11.4.2000 telah mengeluarkan sebanyak 550 lesen baru di mana 10 orang calon daripadanya tidak menghadiri ceramah / ujian GDL / PSV / Konduktor. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy