Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

164 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN walau pun hujan lebat. Sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab perayu yang meninggalkan tempat bertugas dengan alasan hujan sepatutnya tidak berlaku; (c) tidak dinafikan spesifikasi keselamatan bumbung Blok YY tidak berapa kukuh namun tindakan perayu meninggalkan tempat bertugas telah memberi peluang kepada juvana terlibat untuk mengumpil siling bumbung; (d) juvana - juvana yang terlibat sebenarnya dalam proses tindakan pihak polis dan sekiranya pihak polis menyerahkan kes ini kepada pihak jabatan untuk tindakan selanjutnya, juvana - juvana tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Penjara 1995; (e) punca juvana - juvana tersebut melarikan diri adalah disebabkan tindakan perayu meninggalkan tempat bertugas selama hampir 50 minit. Pegawai seharusnya mengawasi salah seorang juvana yang pernah melarikan diri sebelum ini iaitu dengan membuat rondaan dan catatan dalam Buku Pengharian setiap 15 minit; dan (f) berpendapat kesalahan perayu adalah amat serius dan perlu dikenakan hukuman yang sewajarnya. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan pegawai ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan . Asas pertimbangan keputusan ialah rayuan pegawai tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy