Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

163 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (g) perayu telah berkhidmat dengan Jabatan Penjara selama lebih kurang 6 tahun dan beliau baru sahaja lulus subjek jabatan dan dalam proses untuk disahkan dalam jawatan; (h) perayu telah membantu dalam operasi mencari keempat-empat juvana tersebut dan telah berjaya menangkap seorang juvana ; (i) juvana - juvana tersebut tidak pernah dikenakan tindakan atas kesalahan mereka dan tidak adil apabila perayu yang dikenakan hukuman buang kerja atas perbuatan mereka; dan (j) perkara ini bukan perayu sengajakan dan tiada unsur khianat. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) kenyataan perayu bahawa tiada tempat khusus yang berbumbung dan tiada meja adalah tidak benar. Terdapat sebuah kerusi berserta meja disediakan untuk kakitangan yang bertugas yang diletakkan di tepi hadapan bangunan (anjung bumbung selebar 5 kaki) untuk kemudahan perayu bertugas menulis Buku Pengharian. Meja dan kerusi ini mudah dialih tempat sekiranya berlaku tempias air hujan ke sebelah belakang blok. Pejabat Blok tidak disediakan kerana tiada pegawai kanan yang ditempatkan untuk bertugas di blok berkenaan; (b) Blok YY adalah blok yang telah lama dibina dan penggunaannya untuk penempatan juvana . Sejak operasinya lebih kurang 16 tahun yang lalu, belum ada laporan tentang kejadian kakitangan bertugas keluar daripada pagar blok dan terus meninggalkan tempat bertugas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy