Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

162 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) dalam menjalankan tugas, perayu sentiasa berada di Blok YY dan memantau setiap pergerakan juvana yang berada di bawah kawalan perayu dan sehingga jam 7.00 petang, tiada perkara yang luar biasa berlaku atau tanda-tanda juvana ingin melarikan diri; (b) di Blok YY, tiada tempat untuk perayu bertugas secara khusus yang mempunyai kemudahan ruang berbumbung, meja dan kerusi untuk mencatat laporan serta kemudahan alat komunikasi. Sebaliknya perayu bertugas hanya dibekalkan dengan buku pengharian dan sebuah kerusi plastik. Perayu terpaksa duduk di kawasan luar blok berhampiran dengan pintu blok dan sepanjang masa terdedah dengan cuaca panas atau hujan tidak kira siang atau malam; (c) pada jam 7.15 petang, hujan turun dengan lebat dan perayu berpindah ke Bilik Ketua Pegawai Yang Bertugas (KPYB) yang terletak berhadapan dengan Blok YY untuk mengelak dari basah terkena hujan; (d) perayu hanya menyedari keempat-empat juvana tersebut melarikan diri pada jam 8.05 malam semasa penyerahan tugas. Juvana tersebut melarikan diri melalui siling blok yang dikopek dua hari lebih awal. Perayu terpaksa berada di bilik KPYB sehingga tamat waktu bertugas kerana hujan lebat dan ini memberi ruang kepada juvana melarikan diri; (e) perayu berpendapat blok penempatan banduan atau juvana seharusnya menepati spesifikasi keselamatan yang tinggi. Bahagian siling Blok YY hanya diliputi dengan jaringan dawai halus, ditutup dengan papan lapis yang nipis. Keadaan paip besi di tandas yang berkarat dijadikan alat pengumpil untuk membuka siling blok berkenaan tanpa disedari oleh sesiapa pun; (f) sekiranya kejadian tersebut diletakkan atas kesalahan perayu kerana kecuaian beliau, perayu sepatutnya hanya dikenakan hukuman yang lebih ringan seperti amaran atau lucut hak emolumen;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy