Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

160 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (g) hujan hanya reda pada jam 8.05 malam dan pegawai berada di bilik KPYB sehingga tamat masa bertugas. Beliau seterusnya menyerah tugas kepada WP. 455 CF; (h) semasa penyerahan tugas tersebut, kehilangan 4 orang juvana baru disedari. Keempat-empat mereka melarikan diri dengan memboloskan diri melalui siling blok; (i) pegawai mengakui sepanjang hujan lebat, beliau tidak membuat rondaan di Blok YY. Mengikut siasatan, siling telah dipecahkan menggunakan batang paip tandas yang dipatahkan dan dalam tempoh pegawai tidak meronda sepanjang hujan lebat tersebut, juvana tersebut mengambil peluang melarikan diri; (j) pegawai mempunyai anak yang ramai, perlu menyara kedua orang tua dan isteri beliau hanyalah suri rumah. Hanya pegawai yang mencari nafkah untuk keluarga; dan (k) pegawai benar-benar insaf terhadap perkara yang berlaku dan memohon dikenakan hukuman ringan kerana ini merupakan kesalahan beliau yang pertama. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) tiada bukti yang menunjukkan pegawai telah membuat rondaan pada setiap 30 minit. Pegawai juga mengaku meninggalkan tempat bertugas semasa hujan lebat dan tidak membuat rondaan pada waktu tersebut. Ini menunjukkan seolah-olah pegawai bersubahat dalam kes tersebut; (b) alasan hujan lebat tidak munasabah bagi pegawai untuk tidak meronda kerana beliau boleh beralih ke bahagian belakang blok seperti yang diamalkan pegawai lain; dan (c) pegawai bersalah kerana meninggalkan tempat bertugas dan ini memberi ruang kepada juvana untuk melarikan diri. Juvana tersebut tidak akan melarikan diri selagi ada pengawal mengawasi mereka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy