Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

159 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pada 8.7.2008, pegawai bertugas untuk giliran akhir dari jam 1.00 petang sehingga jam 8.00 malam di Blok YY dengan memastikan 5 orang juvana dalam keadaan baik dan terkawal; (b) pada jam 5.44 petang, seorang juvana iaitu 555 TGH telah dipindahkan dari Blok YY ke Blok ZZ atas arahan Ketua Pegawai Yang Bertugas (KPYB) Giliran Akhir, Sarjan 777 GH; (c) sepanjang tempoh bertugas, pegawai sentiasa berada di kawasan Blok YY dan sentiasa memantau pergerakan juvana dibawah jagaan beliau. Rondaan setiap 30 minit dibuat, tetapi pegawai mengaku tiada catatan dilakukan dalam Buku Pengharian; (d) pada jam 5.55 petang, Sarjan 777 GH ada membuat rondaan di Blok YY; (e) pada jam 6.50 petang, seorang juvana bekerja di dapur, 444 RT datang menghantar menu minum malam untuk 4 juvana di dalam Blok YY; (f) pada jam 7.00 petang, hujan turun dengan lebat. Memandangkan di Blok YY tiada pondok atau tempat bertugas berbumbung, pegawai terpaksa pergi ke Bilik Ketua Pegawai Yang Bertugas (KPYB) yang berada berdekatan untuk mengelakkan dirinya dan Buku Pengharian Blok YY basah;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy