Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

158 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik PKK (KP: 000000-00-0000) Pegawai Penjara Gred KX 17, semasa bertugas di Sekolah Henry Gurney, Negeri TQ pada 8.7.2008 di antara jam 6.50 petang sehingga 8.00 malam telah didapati melanggar arahan Ketua Pegawai Yang Bertugas dengan meninggalkan tempat bertugas di Blok YY, Sekolah Henry Gurney, Negeri TQ selama 50 minit sehingga menyebabkan seramai empat (4) orang banduan juvana melarikan diri. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy