Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

157 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB KECUAIAN MENYEBABKAN BANDUAN MELARIKAN DIRI 1. KES Encik PKK adalah seorang pegawai yang menjawat jawatan sebagai Pegawai Penjara Gred KX 17, Sekolah Henry Gurney, Negeri TQ. Pegawai dilaporkan telah cuai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan seramai 4 orang banduan juvana melarikan diri. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy