Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

156 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) pegawai belum pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib sebelum ini; (b) pegawai merupakan aset penting Jabatan. Pegawai sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang tinggi serta disenangi oleh Ketua Jabatan dan kakitangan bawahan; dan (c) berharap pegawai diberi hukuman ringan kerana merupakan kesalahan pertama beliau dan telah memperbaiki diri dari aspek pematuhan prosedur perkhidmatan awam. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan gaji selama dua belas (12) bulan mengikut peraturan 38(a) dan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai mengakui bahawa pegawai tahu dan sedar akan wujudnya Surat Pekeliling berhubung peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pegawai kerajaan apabila hendak pergi keluar negara; dan (b) pegawai gagal membebaskan diri dari pertuduhan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy