Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

155 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Perbuatan tuan itu telah melanggar peruntukan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984 yang mewajibkan semua pegawai Kerajaan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian apabila hendak ke luar negara sama ada atas urusan rasmi atau lawatan persendirian ke luar negara. Dengan yang demikian, perbuatan tuan boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh - (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai telah menjelaskan secara lisan pemergiannya keluar negeri kepada Pengarah Bahagian; (b) pegawai mengaku bersalah dan memohon maaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan; dan (c) merayu diringankan hukuman kerana perkara tersebut telah lama berlaku serta mempunyai tanggungan berat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy