Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

154 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbangkan kes pegawai ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpuas hati wujud suatu kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik GG (KP: 000000-00-0000), Jurutera Awam Gred J48, Penolong Pengarah Kanan di Kementerian X, didapati telah membuat lawatan persendirian keluar negara tanpa mendapat kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian pada tarikh-tarikh berikut: Bil. Negara Tarikh Dari Hingga 1. Jepun xx.xx.xxxx xx.xx.xxxx 2. India xx.xx.xxxx xx.xx.xxxx 3. Australia xx.xx.xxxx xx.xx.xxxx 4. Indonesia xx.xx.xxxx xx.xx.xxxx

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy