Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

153 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB LAWATAN PERSENDIRIAN KE LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN 1. KES Encik GG, Jurutera Gred J48, Penolong Pengarah Kanan Kementerian X dilaporkan telah membuat lawatan persendirian keluar negara sebanyak empat (4) kali dalam tempoh dua (2) tahun tanpa mendapat kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 1984. Siasatan yang dijalankan mendapati pegawai telah beberapa kali melancong keluar negara dalam tempoh dua (2) tahun. Pegawai mengaku membuat lawatan persendirian keluar negara dan lawatan rasmi. Bagi lawatan rasminya, pemergian beliau adalah mengikut peraturan jabatan iaitu mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu, adapun bagi lawatan persendirian pegawai tidak pernah mengemukakan borang permohonan mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian sebelum lawatan dibuat. Pegawai hanya mengambil Cuti Rehat untuk tujuan lawatannya. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy