Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

151 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) sebagai pengajaran kepada pegawai lain. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu adalah terlalu berat dan menyebabkan tekanan dari segi maruah dan tiada keadilan; (b) Jabatan semasa mengemukakan pertuduhan terhadap perayu sengaja tidak mengambil kira peruntukan JPA yang membolehkan perayu di KUP di jawatan yang disandang sekarang walaupun permohonan untuk KUP telah dibuat; dan (c) Jabatan hanya mengemukakan permohonan kepada JPA untuk KUP perayu setelah laporan pertuduhan untuk tindakan tatatertib telah dikemukakan kepada JPA. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy