Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

150 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (a) tindakan yang diambil oleh Ketua Jabatan adalah berdasarkan kepada keingkaran pegawai untuk berkhidmat di tempat yang diarahkan selepas menerima surat pemberitahuan penempatan PTD secara KUP melalui surat bertarikh 28 Februari 2006; (b) berdasarkan kekosongan jawatan pada masa tersebut, pegawai telah diarahkan bertugas di atas jawatan hakiki sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian mulai 1 Mac 2006. Walau bagaimanapun pegawai telah memohon penangguhan sehinggalah pegawai mendapat kenaikan pangkat melalui surat bertarikh 14 September 2006 berkuat kuasa mulai 31 Disember 2003; dan (c) merujuk kepada representasi pegawai, Ketua Jabatan berpendapat bahawa keperluan untuk menempatkan beliau secara KUP selepas pegawai dinaikkan pangkat seterusnya dikebelakangkan itu tidak seharusnya timbul kerana pada tarikh surat kenaikan pangkat dikeluarkan, pegawai telah diarah mengisi jawatan Gred M48 mulai 1 Mac 2006 kerana terdapat kekosongan pada masa tersebut. Pegawai juga telah bersetuju dan menerima kenaikan pangkat mengisi jawatan tersebut melalui surat penangguhan beliau bertarikh 4 April 2006. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan gaji selama tiga puluh enam (36) bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) perbuatan pegawai mencemarkan imej perkhidmatan awam; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy