Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

6 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB latar belakang yang tersendiri dan mestilah ditimbangkan berdasarkan fakta-fakta yang berkaitan dengan kes itu sahaja. Merit sesuatu kes itu mestilah menjadi asas kepada keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib. 4.3 Dari segi hukuman, tiada garis panduan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk mengenakan mana-mana hukuman bagi mana-mana kesalahan. Pihak Berkuasa Tatatertib diberi budi bicara seluas-luasnya dalam menjatuhkan hukuman. Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dua atau lebih daripada hukuman-hukuman di bawah peraturan 38, P.U.(A)395/1993 seperti berikut: (a) Amaran; (b) Denda; (c) Lucut hak emolumen; (d) Tangguh pergerakan gaji; (e) Turun gaji; (f) Turun pangkat; (g) Buang kerja. 4.4 Tiap-tiap Kementerian / Jabatan mempunyai objektif dan peranan tersendiri. Dalam mengenakan sesuatu hukuman Pihak Berkuasa Tatatertib harus melihat kepada kesan kesalahan tersebut kepada Kementerian / Jabatan berkenaan. 5. UMUM Contoh-contoh kes dalam buku ini tidak ada kena-mengena dengan mana- mana pihak. Jika ada kes-kes yang berkaitan ia adalah secara kebetulan sahaja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy