Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

149 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) kenaikan pangkatnya daripada Gred M41 kepada Gred M48 adalah secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di atas jawatan hakiki. Pegawai sedar dan insaf bahawa kelayakan kenaikan pangkat adalah berdasarkan ihsan kerajaan memandangkan perkhidmatan pegawai telah melebihi dua puluh (20) tahun; (b) pegawai menerima kenaikan pangkat kerana pegawai benar-benar memahami bahawa terdapat peruntukan di para 5 surat JPA yang memperuntukkan bahawa kenaikan pangkat adalah secara KUP di jawatan hakiki penyandang. Maksudnya pegawai menerima kenaikan pangkat dan dikekalkan di jawatan hakiki yang disandang sekarang secara KUP; dan (c) pegawai berpendapat adalah wajar beliau menerima kenaikan pangkat dan dikekalkan di jawatan hakiki yang disandang olehnya sekarang. Pegawai juga berpendapat pertuduhan yang dikenakan ke atasnya boleh dikecualikan dengan merujuk kepada peruntukan di perenggan 5 surat JPA berkenaan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy