Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

148 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik NM (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 di Jabatan J, Negeri Y telah didapati gagal untuk mematuhi surat arahan pertukaran yang dikeluarkan menerusi surat bil. XM/PSM/CP(23) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2006 ke Ibu Pejabat, Jabatan XM. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut:- “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy