Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

147 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB GAGAL MEMATUHI ARAHAN PERTUKARAN 1. KES Encik NM adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M48, bertugas di sebuah Jabatan J, Negeri Y. Laporan yang diterima menyatakan pegawai telah gagal mematuhi arahan pertukaran ke Ibu Pejabat, Jabatan XM yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2006 walaupun selepas diberi tempoh penangguhan yang munasabah, pegawai masih mencari alasan supaya terus kekal di penempatan sekarang. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy