Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

144 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (a) tidak mempunyai sebarang bidang kuasa dalam mempercepatkan bayaran ke atas pembekal termasuklah pembayaran ke atas Bengkel X; (b) hanya bertanggungjawab dalam menyediakan baucar pembayaran dan urusan kelulusan pembayaran adalah tertakluk kepada Jabatan Akauntan Negara; (c) mendakwa tiada keperluan untuk pegawai menerima wang imbuhan seperti yang dituduh; dan (d) menyatakan bahawa pihak yang menuduh cuba menganiaya kerja dan kehidupannya. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) mengesahkan bahawa pegawai tidak mempunyai kuasa dalam mempercepatkan sebarang bayaran ke atas pembekal; (b) mengesahkan tugas pegawai di bahagian kewangan adalah memproses penyediaan baucar bayaran kepada pembekal seperti mana yang dinyatakan oleh pegawai; dan (c) walaupun tidak mempunyai kuasa dalam mempercepatkan sebarang bayaran namun pegawai boleh menentukan untuk mempercepat atau melambatkan sesuatu proses penyediaan baucar bayaran kepada pembekal. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy