Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

143 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, Puan PCK (KP: 000000-00-0000) Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 semasa bertugas di Jabatan K, pada 21.1.2002 telah meminta daripada Puan M, Pengurus Bengkel, wang imbuhan berjumlah RM700.00 sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses pengeluaran cek kepada Bengkel X yang telah menyelenggara kenderaan Jabatan K. Perbuatan puan ini boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa puan telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(c)(ii) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy