Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

142 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 1. KES Puan PCK adalah seorang Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 yang bertugas di Jabatan K telah dilaporkan meminta wang imbuhan berjumlah RM700.00 daripada Puan M, Pengurus Bengkel X pada 21.1.2002 untuk mempercepatkan proses pengeluaran cek kepada Bengkel X yang telah menyelenggara kenderaan jabatan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. CONTOH 3

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy