Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

140 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) perbuatan pegawai menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab walaupun pegawai mengetahui peraturan sedia ada telah ditetapkan oleh Jabatan. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) usia perayu telah menjangkau 50 tahun dan perayu mempunyai anak yang masih kecil yang sedang bersekolah; dan (b) mengakui wang RM2,000.00 tersebut adalah miliknya sendiri. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) perayu telah berkhidmat selama 16 tahun dan mempunyai tanggungan terhadap keluarganya; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy