Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

PENGENALAN 5 TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 3.1.6 Kelewatan Mengurus Tindakan Tatatertib (a) terdapat kelewatan dalam pengurusan kes tatatertib oleh Kementerian/ Jabatan. Sebagai contoh, pengurusan kes mengambil masa sehingga 2 atau 3 tahun untuk diselesaikan. 3.1.7 Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib Tidak Teratur (a) struktur keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib di Kementerian/ Jabatan tidak teratur seperti mana yang ditetapkan dalam Jadual, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, [P.U.(A)396/1993]. Sebagai contoh, pegawai yang menanggung kerja Ketua Jabatan bertindak sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Negara seperti mana yang dikehendaki oleh peraturan 2, P.U.(A) 396/1993 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1995. 4. PENGGUNAAN BUKU INI 4.1 Buku Setitik Nila : Himpunan Contoh Kes-Kes Tatatertib ini diterbitkan untuk menjadi panduan kepada mereka yang terlibat di dalam pengurusan tatatertib di peringkat Kementerian/ Jabatan khasnya kepada Pengerusi, Anggota dan Urus Setia Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. 4.2 Memandangkan buku ini hanya sebagai panduan, mereka yang terlibat dalam pengurusan tatatertib adalah tidak terikat dengan contoh-contoh yang diberikan . Ini kerana setiap kes mempunyai

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy